DALAM TALIAN 12 Dis – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Festival Tarian Tradisional Kreasi Joget dan Zapin Terbuka Belia Malaysia Madani 2024 @KLIA secara dalam talian.
Mesyuarat dihoskan pihak Malaysia Airports dan disertai pengurusan Malaysia Airports dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
MBM diwakili Exconya, Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin merangkap ketua penyelaras program.
Festival tarian yang dijadualkan pada 13 Januari 2024 ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak tahun 2017 sebelum terhenti akibat pandemik. Kolaborasi ini merupakan inisiatif Malaysia Airports dan MBM sebagai usaha mempromosikan Malaysia dan khazanah seni budaya melalui lapangan terbang yang menjadi gerbang pintu masuk utama pelancong ke negara ini.
Nantikan kemeriahannya!