DALAM TALIAN 18 Ogos – Mesyuarat Penyelarasan Media Majlis Belia Malaysia (MBM) yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah bagi membincangkan penyelarasan perubahan pelaksanaan Program Literasi Media Kreatif 2021 secara atas talian.
Program LMK 2021 adalah hasil daripada usaha bersama MBM dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang telah digerakkan sebelum ini secara fizikal di Zon Selatan dan Timur.
Turut dibincangkan adalah, cadangan program untuk digerakkan dibawah Media MBM seperti Program Bual Bicara Ketua Penerangan (Talk Show KP – Jangan Jobo) bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa belia.