MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan bersama Sekretariat MBM dan MBS bagi program Reach Out MBD dan Community Zon Borneo

DALAM TALIAN 10 Sep – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan bersama antara Sekretariat Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Page Rasmi – Majlis Belia Sabah bagi program Reach Out MBD dan Community secara dalam talian.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Sabah merupakan destinasi kedua program ini bagi Zon Borneo. Program di bawah segmen Ekspresi Rakan Muda KBSMalaysia ini memberi ruang kepada persatuan belia khususnya di akar umbi untuk menonjolkan keunikan dan kekuatan masing-masing seterusnya mengajak anak muda berpersatuan.

Turut sama Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin; Sdr. Nazrul dan Sdri. Aisyah dari Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »