BANGI 14 Feb – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Felo Penyelidik MBM berkaitan hal ehwal Pejabat Presiden MBM termasuklah perkembangan kajian berkaitan implementasi Dasar Belia Malaysia (DBM) dan penghayatan Pembangunan Belia Positif (PYD) dalam kalangan pimpinan MBM.
Turut diperbincangkan latihan Knowledge for Change (K4C) UNESCO – USIM – MBM dan projek penulisan buku mengurus persatuan belia.