PUTRAJAYA 20 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Banjir Bersama NGO-NGO Kemanusiaan di Bilik Mesyuarat Institut Pembangunan dan Kecemerlangan, Kepimpinan (i-LEAD), Putrajaya.
Hadir mempengerusikan mesyuarat ialah Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Mesyuarat diadakan bagi tujuan menggabungkan beberapa NGO yang mempunyai kepakaran dalam memberikan khidmat bantuan kepada rakyat Malaysia khususnya ketika bencana banjir.
MBM sebagai penghubung dan pemudah cara dalam menggerakkan agenda kemanusiaan serta kesukarelawanan, turut mengalu -alukan lebih ramai NGO untuk bersama-sama sebagai satu pasukan.