DALAM TALIAN 3 Sep – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sambutan Hari Belia Negara 2021 yang dijadualkan pada hujung Oktober 2021 dipengerusikan Dato’ Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara menerusi aplikasi Zoom.
Mesyuarat telah dibentangkan dengan pelbagai pengisian dan aktiviti bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara yang dijadualkan semula pada Oktober 2021.
Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.