KUALA LUMPUR 15 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat penerusan hubungan dan kerjasama baik Jabatan Pembangunan Insaniah, Institut Pendidikan Guru yang berlangsung dalam talian.
Sebelum ini MBM terlibat aktif melatih kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan guru siswa di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan melahirkan JK Penaja Persatuan Pendidik Belia Malaysia bagi memberikan platform gerakan belia kepada guru muda menyumbang bakti dan membawa suara guru muda Malaysia. Buat sementara waktu, JK Penaja ini dinaungi MBM.
Terdapat juga pelbagai program digerakkan oleh MBM di kampus-kampus IPG meliputi Dialog TN50 dan bantuan Covid-19.
Kerjasama bersama IPG ini akan diteruskan dengan Program Hari Sukarelawan IPG Peringkat Kebangsaan September ini di IPG Batu Pahat.