MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penambahbaikan Pelan Transisi Belia 2024-2025

PUTRAJAYA 29 Jan – Selaras pewartaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan) 2019 [Akta A1602] satu Mesyuarat Penambahbaikan Pelan Transisi Belia 2024-2025 KBSMalaysia telah diadakan di Menara KBS di sini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia ini bertujuan membincangkan gerak kerja dan cadangan penambahbaikan ke arah merealisasikan pelan tersebut.

Mesyuarat dihadiri Encik Jeffery Yon, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Startegik dan Encik Mohd Badrul Nizam Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSNegara.

Pimpinan belia yang hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia (MBM); Sdr. Mohd Al-Hafizi Hj Abu Bakar, Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC); Sdr. Dhanesh Basil, Presiden MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம் dan Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Setiausaha Agung, Gerakan Belia 4B Malaysia.

Semoga segala pandangan, idea dan perkongsian yang dilontarkan mampu menyediakan pelapis kepimpinan dan belia yang bersedia menggalas tanggungjawab menghadapi cabaran masa depan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »