MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Pemantauan Inisiatif Kerjasama JBSN-MBM

KUALA LUMPUR 17 Jun – Mesyuarat Pemantauan Inisiatif Kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN) bersama kepimpinan pengurusan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan secara dalam talian.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan pemantauan inisiatif kerjasama JBSN – MBM yang sedang dilaksanakan seperti bantuan pentadbiran dan Felo NGO bagi memastikan ia mengikut standard dan tatakelola yang baik.

Ia juga bagi memastikan kepimpinan belia mengurus dengan penuh integriti dan jauh daripada sebarang salah guna kuasa dan rasuah.

Mesyuarat dipengerusikan Dato’ Dr. Wasitah Yusof, Ketua Pengarah JBSN.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »