KUALA LUMPUR 11 Nov – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat kerjasama bersama Encik Nazri Chik, Pengurus Besar Hubungan Strategik Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan team Pusat Kewangan Sosial BIMB.
Mesyuarat telah bersetuju untuk membina kerjasama jangka panjang bersama bagi membantu meringankan beban ekonomi belia Malaysia. 4 projek awal “Belia Berniaga, Bertani dan Berkerjaya” telah dibentangkan bagi menangani Covid 19 dan kemelesetan ekonomi.
Satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk bagi merealisasikan kerjasama. Turut sama Sdr. Nuzirin Masrun dan Sdr. Amir Mansor daripada Prototal (Agen Hartanah), rakan strategik MBM.