PUTRAJAYA 13 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 1 untuk tahun 2023 di Putrajaya.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Turut sama dalam mesyuarat ini Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri dan KSU Kementerian-Kementerian yang terlibat.
Mesyuarat ini mengambil beberapa keputusan penting terkait kos sara hidup yang mengambil kira aspek Madani. Untuk rekod, MBM merupakan ahli NACCOL sejak 2018.