KUALA LUMPUR 12 November – Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) ke-4 yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri telah berlangsung di bangunan Parlimen di sini.
Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) turut hadir selaku ahli latikan NACCOL.
Mesyuarat juga telah mempertimbangkan beberapa cadangan baru yang dibentangkan oleh pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Malaysia Retail Chain Association (MRCA) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Antara pembentangan yang penting berkaitan dengan anak muda ialah berkenaan pemilikan rumah mampu milik oleh KPKT.
Mesyuarat turut mengumumkan beberapa lantikan baharu ahli NACCOL termasuk Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang juga merupakan Timbalan Presiden MBM.