MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara

Kuala Lumpur | 20 November – Sdr. Mohd Izzat Afifi, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Kedua, YAB Datuk Seri Fadillah Yusof .

Antara perkara dibincangkan adalah, perancangan hala tuju bagi memperkukuhkan perpaduan yang melibatkan elemen pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat.

MBM menyatakan komitmen dalam menjadi ejen utama bagi menegakkan agenda perpaduan nasional khususnya dalam kalangan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »