KUALA LUMPUR 29 Mei – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid telah menghadiri Mesyuarat Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Bil. 1/2025 di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).
Mesyuarat dipengerusikan oleh Jen. Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Abdul Aziz Zainal ini antara lain bertujuan memperkukuh pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 versi baharu.
Antara fokus utama adalah memperkasakan dasar-dasar utama latihan, jati diri, patriotisme, disiplin dan kemahiran insaniah dalam kalangan belia Malaysia melalui pendekatan lebih dinamik dan bersepadu.
Selain Presiden MBM, mesyuarat turut dihadiri empat ahli tetap majlis terdiri daripada Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan; Profesor Dr. Sivamurugan Pandian; Sdr. Soon Honn Keong, Timbalan Pengerusi Tetap MBM serta wakil-wakil ahli majlis.
MLKN berperanan sebagai platform perbincangan dan penyelarasan antara pihak berkepentingan bagi memastikan PLKN 3.0 dilaksanakan dengan berkesan dan memberi impak positif kepada pembangunan modal insan negara.
Turut hadir Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara.
Kredit gambar : @KBSMalaysia @PLKN





