MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Mahasiswa Rasuah Busters

KUALA LUMPUR 2 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) terus komited menggerakkan agenda murni memerangi rasuah di pelbagai peringkat. Lanjutan daripada Pidato Tekad Memerangi Rasuah yang menghimpunkan para pemimpin belia dan pemimpin muda sayap politik pada 26 April 2021, pihak sekretariat sekali lagi mengaturkan program seterusnya untuk membawa agenda yang sama.

MBM telah menyelaraskan pertemuan secara dalam talian antara Sinar Harian dan Sekretariat Mahasiswa MBM yang diwakili oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Perbincangan menjurus kepada program-program yang boleh diadakan, input-input terbaru daripada Yayasan Anti Rasuah dan pembentangan roadmap agenda PKPIM bagi menyokong rasuah busters.

Mesyuarat dipengerusikan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM, manakala pihak Sinar Harian diwakili oleh Puan Nor. Turut sama Sdr. Ahmad Farhan Rosli, Presiden PKPIM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »