MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT KUMPULAN (THINK DOTANK) PEJABAT PRESIDEN MBM

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) secara bertahap telah melepasi fasa sukar sebelum ini berikutan beberapa kekangan mendasar. Justeru, pada fasa ini, Presiden MBM, Sdr Jufitri Joha mengambil inisiatif untuk menumpukan kepada program pengisian dan pembinaan MBM dan pemimpin belia dengan idea dan wacana keilmuan.

Kumpulan fikir dan laksana (Think Do Tank) Presiden MBM mengadakan perbincangan baru-baru ini. Antara program yang dibincangkan untuk diteruskan dan disarankan antaranya Bicara Cakna Isu dan Polisi Negara, Wacana Sinar Harian, Kajian dan Penyelidikan Kemapanan Pertubuhan Belia, penulisan beberapa buah judul buku dan penulisan berkala isu berkaitan belia. Mesyuarat dipengerusikan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, manakala Felo Penyelidik yang hadir antaranya Sdri. Syafiqah Abdul Rahim, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Sdr. Nazmi Ashraf dan Sdr. Thai Ming Yeow.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »