KUALA LUMPUR 23 Mei – Mesyuarat koordinasi Sekretariat Penasihat Muda kepada Perdana Menteri (PM2PM) telah berlangsung dipengerusikan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha bagi menyelaraskan gerak kerja perjalanan Sekretariat.
10 Ahli PM2PM yang terpilih dijangka diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada awal Jun 2021.
Pada 15 Ogos 2020 sempena sambutan Hari Belia Negara yang lepas, cadangan MBM untuk mewujudkan kumpulan penasihat anak muda kepada YAB PM diterima oleh YAB Perdana Menteri.
PM2PM merupakan medium untuk anak muda terus memberikan idea dan aksi mereka kepada pembangunan negara.