MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat koordinasi ketiga bersama NGO Malaysia bagi Misi Kemanusiaan Palestin

PUTRAJAYA 16 Okt – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Mesyuarat Koordinasi ketiga bersama Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia bagi membincangkan Misi Kemanusiaan kepada Palestin.

Mesyuarat yang berlangsung di Kementerian Luar Negeri ini turut dihadiri pimpinan dan wakil-wakil NGO Bantuan Kemanusiaan bersama Setiausaha Bahagian Asia Barat Wisma Putra.

Perang Israel-Palestin yang memasuki hari ke-11 merekodkan 2,750 korban di Gaza dan 58 terbunuh di Tebing Barat manakala ribuan cedera serta hilang tempat tinggal.

Isu paling penting ketika ini adalah mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas disebabkan krisis ini.

Lintasan Rafah di selatan Gaza-Mesir telah dibuka bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk segera.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »