MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat koordinasi Junior MBM

KUALA LUMPUR 16 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat koordinasi di antara MBM dengan Junior MBM menerusi dalam talian.

Mesyuarat ini telah membincangkan kempen #sekolahselamat dan gerak kerja Junior MBM.

Adik Emma Emmanuella Gerard yang aktif dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Girl Guides Association Malaysia) di sekolah beliau dipilih mengetuai Junior MBM dan turut menjadi wakil MBM menganggotai Majlis Kanak-Kanak SUHAKAM (Human Rights Commission of Malaysia) di bawah seliaan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Occ Suhakam

Ketua Junior MBM yang pertama adalah adik Azman Azhim yang turut aktif bersama MBM. Junior MBM merupakan mekanisme MBM untuk mendekati belia remaja berusia 15 hingga 21 tahun.

Turut sama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »