MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Khas Ekonomi Belia Johor untuk Belanjawan Johor 2021

JOHOR BAHRU 9 Nov – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) mengelolakan sesi perbincangan sumbang saran cadangan belanjawan Negeri Johor segmen belia yang bakal diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Johor. Sesi dimudahcarakan oleh Presiden MBNJ Haji Salleheen Mohamad.

Majlis Belia Malaysia (MBM) dijemput bersama dalam sesi ini untuk memberikan input-input yang dapat membantu pihak kerajaan negeri memberikan rumusan yang tepat. Sdr. Presiden dan Timbalan Presiden, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan bersama Felo Penyelidik, Sdr. Mohd Suhaimi Din, Sdr. Nazmi Ashraff dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin berkesempatan hadir berpartisipasi dalam perbincangan yang diadakan.

Beberapa cadangan ekonomi yang bersifat pulangan semerta atau jangka pendek dan jangka panjang dibentangkan untuk pertimbangan pihak MBNJ. Saranan untuk memastikan isu penggangguran belia di Johor ditangani juga mendapat perhatian. Termasuk menggesa soal polisi di peringkat kerajaan persekutuan memutuskan agar gelembung jalan (travel bubble) disegerakan bagi kembali menghidupkan ekonomi rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura untuk bekerja.

Sektor keusahawanan sosial, pelancongan domestik belia, koperasi, ladang belia dan ekonomi lejang (gig economy) antara perkara yang diutarakan oleh pihak MBM untuk diberikan perhatian.

Idea-idea pasar karat, tusyen online dan pengambilan belia yang menganggur sebagai penguatkuasa SOP PKPB oleh PBT turut dicadangkan oleh pimpinan MBNJ.

Setakat Oktober 2020, sekitar anggaran 6000 belia yang kehilangan pekerjaan di Johor. Ini merupakan angka serius yang harus ditangani bersama MBNJ dan MBM. Hubungan baik yang terjalin antara MBM dan Kerajaan Negeri Johor khususnya DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sentiasa cakna terhadap pembangunan belia di Johor mendorong perhatian terhadap belia Johor akan sentiasa diberikan perhatian.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »