MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat kerjasama IKP UiTM–MBM ke arah memeterai MoU

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Ahmad Farhan Rosli di Wisma MBM di sini hari ini.

Delegasi IKP UiTM diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Alwi Mohd Yunus bersama beberapa pegawai kanan institut.

Kunjungan ini merupakan langkah awal ke arah menjalin hubungan kerjasama strategik antara IKP UiTM dan MBM, khususnya dalam bidang pembangunan kepimpinan dan pemerkasaan belia di peringkat nasional.

Pertemuan ini turut membincangkan pelbagai inisiatif yang berpotensi dilaksanakan secara bersama, termasuk program latihan, penyelidikan, serta pembangunan kapasiti pelajar dan belia. Hasil perbincangan ini bakal dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam masa terdekat.

Kerjasama antara IKP UiTM dan MBM dijangka membuka ruang lebih luas kepada penglibatan mahasiswa dalam agenda pembangunan negara, selari dengan aspirasi Malaysia Madani dan matlamat strategik Pendidikan Tinggi Negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »