MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat kemasukan pelajar ke IPT bagi semester 2 tahun 2021 dan isu-isu berbangkit mahasiswa

PUTRAJAYA 19 Nov – YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mempengerusikan mesyuarat berkaitan cadangan tarikh kemasukan pelajar ke IPT bagi semester 2 tahun 2021 dan isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan Mahasiswa. Mesyuarat dihadiri barisan kepimpinan pelajar universiti awam, swasta dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara dalam talian.

Majlis Belia Malaysia (MBM) di wakili oleh Sdr. Jurais Abdullah, Koordinator Sekretariat Mahasiswa MBM yang turut sama menghadiri mesyuarat tersebut.

YB Menteri maklum berkaitan masalah capaian internet yang menjadi kemelut utama dalam sesi pembelajaran atas talian mahasiswa kini. Oleh itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah pun bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan talian internet di kawasan pedalaman dapat dicapai bagi memudahkan urusan pembelajaran.

Untuk makluman, pelajar juga boleh pergi ke Komuniti Desa, Politeknik, atau Kolej Komuniti untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik.  Dalam perbincangan tersebut, YB Menteri bimbang akan kemelut pembelajaran dalam talian yang mana menyusahkan para pelajar terutamanya pelajar tahun 1. Namun, disebabkan Covid-19 masih belum berakhir, KPT terpaksa akur.

Cadangan berkaitan tarikh kemasukan pelajar Semester 2 tahun 20/21 secara bersemuka masih dalam perbincangan. Namun, wakil pelajar mencadangkan kepada YB Menteri dan KPT untuk membuat pengumuman berkaitan pembelajaran dalam talian atau bersemuka akan dibuat minimum sebulan sebelum tarikh pendaftaran semester 2 sesi 20/21 bagi memastikan kebajikan para pelajar sentiasa dijaga.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »