Kuala Lumpur | 1 April – Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM sesi 2022-2024 telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa buat kali pertama dengan perbincangan memfokuskan ke arah hala tuju jawatankuasa untuk sesi baru ini. Perbincangan berlangsung di Wisma MBM
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Sdr. Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez turut melantik beberapa individu sebagai sebahagian daripada ahli jawatankuasa tetap pendidikan MBM.
Selain itu, mesyuarat sebulat suara bersetuju agar program-program berimpak besar akan diberikan keutamaan selain usaha dalam menyantuni golongan pelajar di universiti.
Hadir sama dalam mesyuarat ini adalah Exco MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Sdr. Muhammad Norirfan Norazam, Sdr. Muhamad Nazmi Ab Rahim dan Sdr. Usaid Muhammad Asmadi.

