KUALA LUMPUR 15 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Transisi Had Umur Belia kali pertama secara hibrid di Wisma MBM.
Jawatankuasa ini telah dibentuk bagi perancangan strategik pelaksanaan had umur belia bawah 30 tahun susulan sesi town hall Dewan Tertinggi MBM bersama YB Menteri Belia dan Sukan bulan lalu.
Jawatankuasa ini bertujuan menyediakan cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan mengenai pelan transisi had umur.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Hadir sama Sdr. Muhd Fazreen Ismadi Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS); Sdr. Nazri Abdul Latiff Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia dan ahli lain secara dalam talian.


