Kuala Lumpur | 30 Mac – Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat kali pertama di Wisma MBM.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Naib Presiden MBM, Sdri. Ruby Chow Heng Yee. Turut hadir, Sdri. Siti Nor Hasyyati Abdul Rahman, Exco MBM.
Antara perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai gerak kerja jawatankuasa dan perancangan aktiviti.