PUTRAJAYA 16 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Tenikal Bank Belia.
Mesyuarat ini diadakan untuk menyemak semual protokol kajian Bank Belia yang bakal dilaksanakan pada bulan Ogos 2020. Kajian ini turut melibatkan wakil-wakil daripada Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Youth Trust Foundation, Association of Islamic Banking and Financial Institution Malaysia, Bank Simpanan Nasional dan SME Corp.
MBM telah diwakili oleh Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil. Wakil MBM juga telah dilantik sebagai Ex-Officio untuk kajian penubuhan Bank Belia ini.