Dalam Talian | 6 April – Jawatankuasa Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Parlimen Belia Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat kali pertama melalui Zoom. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdri Ng Chor Eng, Pengerusi Jawatankuasa. Turut serta Timbalanya Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Ahli Jawatankuasa serta Sdr. Abraham Ngam dan Lee Liang.
Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pembentukan jawatankuasa, fokus tugas, cadangan program, dan penyelarasan tugasan. Mesyuarat turut membincangkan mengenai cadangan program bersama Jawatankuasa Kecil MBM yang lain.