MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Program Belia Tani KBS

Zoom Meeting | 4 Februari 2021 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai mesyuarat tersebut bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.MBM telah diwakili oleh Sdr. Muhamad Iqmal Mahadi, Timbalan Pengerusi, Biro Pertanian Industri Asas Tani MBM.

Turut sama wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Makanan (MAFI) dan beberapa agensi lain.Antara perkara dibincangkan adalah mengenai penubuhan Jawatankuasa Perlaksana Program Belia Tani bagi menyelaraskan geran atau Projek Belia Tani yang melibatkan jabatan dan agensi berkaitan. Selain itu, Projek Smart Farming juga dibincangkan untuk dilaksanan diseluruh Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

MBM berharap Program Belia Tani ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Mungkin imej teks yang berkata '10:10 4G Zoom Zoom Leave Jumlat Program Belia Tani KBS m cop P Unmute Start Video D Participants … More'

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »