MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Gerak Kerja Sukarelawan MyVAC

PUTRAJAYA 2 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Gerak Kerja Sukarelawan Sokongan Vaksin Malaysia (MyVAC) yang dipengerusikan oleh Dato’ Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Mesyuarat membincangkan keperluan semasa bilangan sukarelawan bagi membantu menggandakan usaha vaksin untuk rakyat termasuk di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega.

Turut sama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, wakil Pengakap Malaysia, wakil Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Badan Uniform MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »