MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGESAHAN KURIKULUM DAN PENILAIAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS KERJA BELIA TAHAP 5

PUTRAJAYA 20 Disember – Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Kurikulum dan Penilaian Bahan Pengajaran Bertulis Kerja Belia Tahap 5 telah diadakan di Institute of Youth Research (IYRES).

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput sebagai Panel Pengesahan Kurikulum dan Penilaian Written Instructional Materials (WIM) Kerja Belia. Pembangunan WIM ini diterajui oleh IYRES KBS sejak 2018 untuk melaksanakan teras Profesionalisme Kerja Belia.

Kurikulum ini bakal digunakan untuk melatih bakal pekerja belia profesional yang menjayakan ekosistem kerja belia profesional Malaysia.

Untuk penilaian kemahiran tahap 5 ini, panel MBM telah diwakili oleh Presiden dan Setiausaha Agung MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »