PUTRAJAYA 20 April – Puan Nurliana Muhammad, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Perantisan Nasional (SPN) yang dipengerusikan Dato’ Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Mesyuarat membincangkan kemaskini perkembangan Skim Perantisan Nasional bagi memastikan para belia mendapat skim latihan pekerjaan.
Turut hadir anggota jawantankuasa melibatkan agensi Kerajaan seperti PERKESO, i-LEAD, HRDF dan Majlis Sukan Negara. Turut hadir di pihak MBM, Presidennya Sdr.Jufitri Joha manakala Setiausaha Agung MBM hadir secara dalam talian.