PUTRAJAYA 5 Feb – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Pemerkasaan Ekonomi Belia di Menara KBS, Putrajaya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, KBSMalaysia.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM.
Turut hadir wakil-wakil dari pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan bagi mencari solusi dan pandangan terhadap usaha meningkatkan pemerkasa ekonomi belia.