PUTRAJAYA 15 Oktober – Sebagai penyelaras perancangan dan pelaksanaan SDG di peringkat kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa SDG di Pejabat MEA, Putrajaya. Ini merupakan mesyuarat yang kedua susulan mesyuarat pertama pada 21 Disember 2016.
Di Malaysia, Majlis SDG Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri menentukan hal tuju pelaksanaan dan agenda kebangsaan bagi pelaporan ke UN High Level Political Forum (HLPF) di UN. Majlis tersebut dibantu oleh Jawatankuasa Pemandu yang diketuai oleh Ketua Setiausaha MEA yang bertanggungjawab merangka pelan perbatuan, kemajuan sasaran dan pelaporan kepada Majlis SDG Kebangsaan. Ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu terdiri daripada Ketua Kementerian, Jabatan Persekutuan, Institut Penyelidikan, Organisasi Antarabangsa, Agensi Swasta dan NGO. Jawatankuasa Pemandu disokong oleh lima Jawatankuasa Kerja selaras dengan Rancangan Malaysia ke-11 yang dipengerusikan oleh pengarah bahagian di MEA. Penglibatan MBM adalah diperingkat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja.
MBM merupakan salah satu daripada lima NGO di dalam Jawatankuasa Pemandu tersebut telah menghadiri Mesyuarat tersebut. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Saiful Anuar bin Lebai Hussen, Ketua Setiausaha MEA dan dihadiri oleh wakil-wakil kementerian, agensi persekutuan, institusi dan NGO. Lima kertas kerja telah dibentangkan bertema:
1.) Ekosistem SDG oleh MEA
2.) SDG Roadmap for Malaysia oleh MEA
3.) SDG Progress Monitoring Dashboard oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
4.) Penganjuran National SDG Summit 2019 oleh United Nations Malaysia
5.) NGO Facility oleh United Nations Development Programme
MEA akan mengadakan satu mesyuarat bersama NGO / CSO pada 24 Oktober 2019 untuk perbincangan yang lebih mendalam.