DALAM TALIAN 29 April – Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohamad hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan Bil.2/2024 yang berlangsung secara fizikal dan dalam talian.
Mesyuarat bertujuan mendapatkan maklum balas dan gerak kerja semasa dari agensi terlibat di bawah Kementerian Belia dan Sukan, jabatan kerajaan negeri selain Majlis Belia Malaysia (MBM).
Hari Belia Negara akan disambut pada 15 Mei manakala perasmian HBN24 Peringkat Kebangsaan berlangsung pada 24-26 Mei 2024 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka oleh YAB Perdana Menteri.
Sambutan HBN24 dengan tema #YakinBoleh dianjurkan Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama MBM dan Kerajaan Negeri Melaka sebagai tuan rumah.
Turut sama dalam mesyuarat ini Dr. Zainah Shariff, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara; Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, JBSNegara; Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad serta pegawai-pegawai KBSMalaysia.






