KUALA LUMPUR 18 Jun – Naib Presiden MBM Sdr. Muhammad Sherhan Nizam merangkap Pengerusi Biro MPBN dan Parlimen Belia Malaysia MBM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Perundingan Belia Negara Belia (MPBN) dan sesi tapisan usul-usul MPBN untuk diangkat ke Mesyuarat Sekretariat MPBN Peringkat Kebangsaan.
Hadir sama Sdri. Atiqah Syairah, Timbalan Pengerusi Biro merangkap Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Suhail Mohamed Kamaruddin, Setiausaha Biro dan Sdr. Fahmi, Ajk Biro merangkap Setiausaha PKPIM Kebangsaan.
Turut hadir Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM yang memberi pandangan, cadangan Usul-Usul MPBN dan suntikan semangat kepada Jawatankuasa MPBN MBM.