DALAM TALIAN 17 Feb – Jawatankuasa Khas Perundangan, Advokasi dan Hak Asasi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Undi18 MBM secara dalam talian yang dipengerusikan oleh Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Exco MBM.
Mesyuarat bertujuan membentuk jawatankuasa selain gerak kerja agenda pelaksanaan Undi18 meliputi advokasi dan kesedaran terhadap pengundi muda khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU).
Antara yang diputuskan dalam mesyuarat pertama ini ialah kolaborasi dengan syarikat e-hailing dalam menyantuni rider-rider yang majoriti anak muda, pelancaran logo ‘Bangkit 18’, kempen kesedaran mengundi melalui townhall, risalah, video dan lain-lain.
‘MBM perlu dilihat lebih kehadapan dalam soal advokasi Undi18’, ujar Nazri.