MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kebersihan HBN2023

PORT DICKSON 24 Mei – Bagi melancarkan perjalanan Sambutan Hari Belia Negara 2023 satu Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kebersihan telah diadakan di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

Ahli-ahli mesyuarat turut mengadakan lawatan tapak dan membincangkan mengenai keselamatan, persediaan kecemasan dan kawalan lalu lintas sepanjang program berlangsung nanti.

Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Fairos Rusli.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa merangkap Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi, pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negara dan wakil-wakil agensi terlibat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »