DALAM TALIAN 11Mei – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sekretariat Hari Belia Negara (HBN) KBS-MBM Tahun 2023 dihoskan Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) secara dalam talian.
Mesyuarat ini bagi mendengar maklum balas gerak kerja dari setiap jawatankuasa pelaksana program Sambutan HBN2023.
Untuk rekod, Sambutan HBN2023 Peringkat Kebangsaan tahun ini akan diadakan pada 28 Mei 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson Negeri Sembilan. Sambutan ini akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Turut sama Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial JBSN, Encik Uzaini Mohamad Sani; Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Ketua Penerangan MBM, Sdr. Fazril Mohd Saleh; Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan; pegawai-pegawai KBS dan Sekretariat MBM.

