MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan HBN Tahun 2025

Putrajaya | 23 Januari – Majlis Belia Malaysia ( MBM) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2025 bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadakan di menaranya.

Hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut, YBrs. Dr. Zainah binti Shariff ; Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Turut hadir mewakili MBM, Timbalan Presidennya ; Sdr. Azman Azeez.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelaraskan gerak kerja pelaksanaan HBN 2025 yang dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mei tahun ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »