DALAM TALIAN 29 Sep – Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Dato’ Dr. Hajjah Wasitah Haji Mohd Yusof telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Belia Negara 2021 (HBN2021) Peringkat Kebangsaan Bil.2/2021 menerusi aplikasi Zoom.
Mesyuarat kali ini memfokuskan kepada penyelarasan program dan aktiviti Hari Belia Negara 2021 yang berlangsung secara online (virtual) pada Oktober 2021 melibatkan kehadiran YAB Perdana Menteri.
Dalam mesyuarat ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) turut membentangkan perkembangan program Konvensyen Belia Kebangsaan (#ConnectKBK) oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM dan program-program HBN kelolaan MBM oleh Setiausaha Agung MBM.
Mesyuarat disertai pengurusan kanan, jabatan dan agensi-agensi Kementerian Belia dan Sukan, pimpinan MBM diketuai Timbalan Presiden, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Naib Presiden Sdr. Mohd Izzat Afifi, Setiausaha Agung Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Ketua Penerangan Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.