PUTRAJAYA 17 Jan – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 1 Penggal ke-33 Sesi 2021-2022 yang dipengerusikan Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Mesyuarat juga memperhalusi agenda persidangan dan usul-usul yang diterima untuk dibahaskan. MPBN bakal berlangsung pada 25 Januari 2022.
Hadir sama Dr. Syafiqah Rahim, Penyelidik MBM.