MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil. 1/2024

KUALA LUMPUR 20 Mac – Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil. 1/2024 bertempat di Bangunan Parlimen di sini.

Antara perkara dibincangkan ialah berkaitan pemerkasaan ekosistem pembangunan belia melalui pelbagai strategi secara bersama dalam usaha menyelesaikan isu dan cabaran yang dihadapi oleh golongan belia masa kini.

Turut disentuh pelan pemerkasaan peranan pertubuhan belia melalui Visi MBM 2048.

Semoga apa jua dasar kerajaan dalam pembangunan belia dirangka secara bijaksana dan menyeluruh berpandukan kehendak belia.

Hadir sama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan; YB Adam Adali Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Ketua Setiausaha KBSMalaysia, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Turut hadir beberapa Menteri Kabinet portfolio yang berkaitan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »