PUTRAJAYA
3 Mac – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Induk Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dan Minggu Belia Negara
2020 yang dipengerusikan Datuk Dr. Waitchalla, Ketua Setiausaha Kementerian
Belia dan Sukan.
Tahun ini pertubuhan belia dan pemimpin belia kembali
berentap bagi merebut anugerah tertinggi belia negara ini.
Hadir sama Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM.