KUALA LUMPUR 11 Nov – Mesyuarat Gerakan Belia Sikh Malaysia (GBSM) bersama Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) secara virtual telah diadakan bagi membincangkan mengenai hala tuju dan program-program belia khususnya belia Sikh.
Mesyuarat ini turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Dr. Wasitah Mohd Yusof dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Dr. Zainah Shariff.