KUALA LUMPUR 18 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memudahcara Mesyuarat gerak kerja Sekretariat Belia Rasuah Busters (SBRB) bersama penggerak utama sekretariat.
Mesyuarat dimeriahkan dengan penyertaan Dato’ Hussamuddin Yaacub, pengasas Rasuah Busters merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian/ Karangkraf Sdn Bhd.
SBRB merupakan 46 gabungan pertubuhan belia yang komited melawan rasuah demi masa depan Negara.
MBM diwakili Presiden, Sdr. Jufitri Joha dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin.