KUALA LUMPUR 10 Jun – Sekretariat Belia Rasuah Busters telah mengadakan mesyuarat gerak kerja semenjak dilancarkan pada 26 April 2021 lepas. Mesyuarat dalam talian ini dipengerusikan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha.
Mesyuarat membincangkan program pelancaran Mahasiswa Rasuah Busters dan jelajah maya Belia Rasuah Busters ke negeri-negeri. Belia Rasuah Busters dikoordinasi oleh Sdr. Farhan Rosli yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).