DALAM TALIAN 24 Sep – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-11 yang berlangsung semalam melalui platform Zoom terfokus kepada persiapan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-69 yang dilaksanakan dalam talian.
Banyak perkara teknikal dan susunan acara diambilkira dalam memastikan perjalanan MPAT buat pertama kali dalam sejarah MBM ini berjalan lancar dan sempurna.