MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Exco MBM kali Pertama sesi 2024-2026 pacu gerak kerja jayakan agenda Malaysia Madani

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) kali pertama sesi 2024-2026 yang bersidang pada 22 Mac 2025 bersamaan 21 Ramadan 1446 Hijrah di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan sepertimana berikut :

1)      Meminta dan mengarahkan seluruh kepimpinan MBM supaya bersama-sama menjayakan pelaksanaan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri dan Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada bulan Mei dan kemuncaknya pada 11-13 Jun 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur;

2)      Mengambil langkah-langkah strategik dalam menggerakkan pelaksanaan (6) enam program ASEAN anjuran MBM bagi menjayakan Malaysia sebagai Pengerusi 2025 antaranya Podcast Let’s Talk Asean, Asean Youth AI Summit, Asean On The Move, Pavilion Asean dan Asean Youth Film Festival;

3)      Menggerakkan 9 (sembilan) program pengukuhan dan pembangunan kapasiti Anak Muda Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan melalui inisiatif Rakan Muda merangkumi Rakan Prihatin, Rakan Demokrasi, Rakan Muzik, Rakan Bumi, Rakan Digital dan Rakan Ekspresi yang akan bermula bulan Mei 2025;

4)      Menyambut baik usaha Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Dalam Negeri dalam menggerakkan usaha memerangi gejala dadah melalui pelaksanaan program berbentuk kempen kesedaran anti-dadah secara besar-besaran;

5)      Menyelenggara program Transisi Kepimpinan Belia : Tunas Madani 30 dengan sokongan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bagi 41 Badan Gabungan MBM mulai Mei hingga Julai 2025 dalam usaha pengukuhan regenerasi kepimpinan pertubuhan belia;

6)      Menyambut baik cadangan dan mendukung usaha kerajaan Madani di bawah teraju YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menggerakkan agenda literasi dan latihan kepintaran buatan (AI) dan perpaduan dalam kalangan belia dan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

AHMAD FARHAN ROSLI

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 24 Mac 2025

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »