Kuala Lumpur, 22 Ogos 2010 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja kali ke-3 Sesi 2010-2012 bertempat di KLIH, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden MBM bermula seawal jam 2 petang dan berakhir pada jam 4 petang. Beberapa agenda telah dibincangkan antaranya program-program bersama Biro Tatanegara dan SPR.