Kuala Lumpur | 10 Januari – Telah berlangsung Sidang Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-126 yang terakhir bagi penggal 2022 – 2024 di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap MBM; Sdr. Muhammad Fadzli Hasan ini lebih tertumpu kepada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali Ke-73 yang akan berlangsung pada hari esok.
Selain itu, turut diadakan ialah pembentangan perlaksanaan program dan sesi pemakluman ringkas daripada badan-badan gabungan MBM mengenai wakil-wakil calon yang akan dipertandingkan.
Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden MBM mewakili barisan kepimpinanya telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh badan gabungan yang telah memberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas dalam agenda pembangunan belia bagi penggal ini.
Hadir sama Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.






































